Belajar Suku Kata & Membaca

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2019, telah berlangsungnya kelas ICT bertajuk Belajar suku kata dan membaca bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pembelajaran kali ini bagi peserta tahun 1. Pada kali ini, peserta belajar suku kata melalui nyanyian di youtube. Di samping itu juga, peserta belajar membaca ayat-ayat ringkas bagi membolehkan peserta mahir membaca. Selain daripada itu, peserta juga perlu mencari gambar menggunakan google berdasarkan ayat-ayat ringkas yang telah peserta baca dalam sesi pembelajaran tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali